Mesin
pencetak saat sekarang ini sudah moderen dan praktis. Bahkan mencetak
bisa jarak jauh dengan memanfaatkan fasilitas wireless, sebagaimana
printer brother tipe tertentu. maju dan moderennya teknologi mencetak
ini tidak terlepas dari alat-alat pencetak pendahulunya yang muncul di
awal generasi. Dalam kesempatan pekan ini kami akan sedikit menghadirkan
sejarah penemu dan mesin pencetak pertamakali.
Penemu Mesin Cetak pertama kali adalah
Johannes Gensfleisch zur Laden zum Gutenberg (sekitar 1398 – 3 Februari
1468) adalah seorang pandai logam dan pencipta berkebangsaan Jerman yang
memperoleh ketenaran berkat sumbangannya bagi teknologi percetakan pada
tahun 1450-an, termasuk aloy logam huruf (type metal) dan tinta
berbasis-minyak, cetakan untuk mencetak huruf secara tepat, dan sejenis
mesin cetak baru yang berdasarkan pencetak yang digunakan dalam membuat
anggur.
Tradisi menamainya sebagi pencipta
movable type di Eropa, suatu perbaikan sistem pencetakan blok yang sudah
digunakan di wilayah tersebut. Dengan mengombinasikan unsur-unsur ini
dalam suatu sistem produksi, ia memungkinkan terjadinya pencetakan
materi tertulis secara cepat, serta terjadinya ledakan informasi di
Eropa Renaisans.
Gutenberg berasal dari sebuah keluarga
bangsawan dan menerima latihan awal sebagai seorang tukang emas. Pada
tahun 1428, disebabkan oleh politik, dia pindah ke Strasbourg dan
tinggal di sana selama 20 tahun.
Nama penuhnya adalah Johanes Gensfleisch
Gutenberg. Beliau dilahirkan di Mainz, Germany pada 1397. Beliau
berasal daripada satu keluarga bangsawan dan menerima latihan awal
sebagai seorang tukang emas. Pada tahun 1428, disebabkan oleh politik,
beliau berpindah ke bandar Strasbourg dan tinggal di sana selama 20
tahun. Di Strasbourg, beliau menyarai hidupnya dengan membuat barangan
logam. Gutenberg menghasilkan hiasan kecil bercermin untuk dijual kepada
pelawat ugama Kristian. Dia kemudiannya pulang ke Mainz dan bekerja
sebagai seorang tukang emas.
Idea Gutenberg yang terpenting tercetus
ketika dia bekerja sebagai tukang emas di Mainz. Dia mendapat buah
fikiran untuk menghasilkan surat pengampunan dengan membentuk cop huruf
untuk mencetak surat pengampunan dengan banyak agar dia boleh mendapat
banyak wang untuk membayar hutang-hutangnya ketika dia bekerja sebagai
tukang logam dahulu. Pada masa itu buku dan surat ditulis dengan tulisan
skrip gotik dengan tangan dan mengandungi banyak kesalahan ketika
penyalinan serta lambat
Blog dengan ID 26250 Tidak ada
Blog dengan ID 26250 Tidak ada
Oleh itu, Gutenbert mula membuat acuan
huruf logam dengan menggunakan timah hitam untuk membentuk huruf skrip
gotik. Pada permulaannya Gutenberg terpaksa menghasilkan hampir 300
bentuk huruf untuk meniru bentuk tulisan tangan yang bersambung-sambung.
Setelah itu Gutenberg mereka mesin cetak yang bergerak untuk mencetak.
Mesin cetak bergerak inilah sumbangan terbesar Gutenberg. Setelah
menyempurnakan mesin cetak bergeraknya, Gutenberg mula mencetak
beribu-ribu surat pengampunan yang disalah gunakan oleh Gereja Katolik
untuk mendapatkan wang. Penyalah-gunaan ini merupakan punca timbulnya
bantahan daripada sesetengah pihak seperti Martin Luther.
Pada tahun 1452, Gutenberg mendapatkan
pinjaman wang daripada Johann Fust untuk memulakan projek pencetakan
biblenya yang terkenal. Bagaimanapun Gutenberg telah dipecat daripada
menguruskan pencetakan Bibal itu sebelum ianya disiapkan sepenuhnya
disebabkan Gutenberg dituduh mencetak surat pengampunan, kalender dan
buku bacaan ringan sebagai aktiviti sampingan. Bagaimanapun Bible yang
terhasil masih dikenali sebagai Bible Gutenberg yang mengandungi 42
baris setiap muka disiapkan pada 15 August 1456 dan dianggap sebagai
buku bercetak tertua di dunia barat.
sumber sebagian artikel : newpamitran.wordpress.com
0 komentar:
Post a Comment